("Assalamualaikum...^^..Ahlan wasahlan..")

Saturday 28 January 2012

keadilan dan perjuangan??..


hari ini tangan dan otak seperti bercadang untk menulis sesuatu tentang fenomena yang sedang melanda negara kita...iaitu...??...perbalahan antara pemimpin....=_='....

 ana melihat di fb..banyak rakan-rakan yang mengutuk pihak lawan masing-masing..
yang hijau mengutuk yang merah..yang merah jugak mengutuk yang biru...ya Allah...apa sebenarnya yang mereka fikirkan...

yang si pengikut jugak..mengutuk sesuka hati tanpa berfikir panjang..dipostnya gambar2 yang berbaur fitnah walaupun mungkin bagi mereka  itu cuma satu gurauan..
tapi...lupakah mereka dengan pandangan Allah terhadap perbuatan mereka itu?
apakah yang mereka akan jawab bila Allah bertanya di akhirat kelak..
apa sebenarnya motif gambar2 itu?
apa pulak yang akan kalian jawab...

kenapa lebih memikirkan keseronokan?
kenapa tidak berfikir bagaimana hukumnya perbuatan itu disisi Allah..

kononnya hendak menegakkan keadilan...
tapi diri sendiri lupa bahawa dia sebenarnya belum memahami apa yang di maksudkan dengan perjuangan dan keadilan...

ana memetik kata2 seorang hamba Allah.."keadilan takkan wujud di dunia ini..."
tapi akan wujud bilamana kita semua berkumpul di hadapan Rabbul izzati...Yang Maha Mengetahui segala-galanya..

marilah renungkan ...perbetulkan apa yang salah dan mengekalkan apa yang betul...semoga Allah sentiasa memelihara kita dari perkataan dan perbuatan yang sia2...



Thursday 26 January 2012

kakakku sayang...



Adik: wah..akak cantiknya..nak kemana tu??

kakak: terima kasih adik sayang..akak nak keluar kejap..ok tak rambut akak cmne??

adik: ok!..kakak ne mem
ang cantik pun..sebelum akak keluar adik nak tanya..akak sayang mak tak?

kakak: sayang!

adik: abah??

kakak: tentulah sayang..:)

adik: abang??

kakak: sayang...semua akak sayang..:)

adik: kalau akak sayang kami semua..tutuplah rambut tu..pakai kain langsir tu pun takpe...yang penting tutup aurat...akak taknak kan ibu,abah dan abang masuk neraka sebab tak dapat didik akak jadi anak yang solehah..

kakak:..+_+'..



Islam telah mengajar kita bagaimana  kehidupan yang sempurna dan mudah..namun kita sendiri yang menyukarkan dan merasakan ianya susah..semoga ukhti2 semua taknak jadi sebab mak,abah,dan abang masuk neraka...biarlah kita menjadi anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu dan ayah....semoga usaha2 ukhti wa akhi akan dipermudahkan Allah..

Monday 23 January 2012

permulaan hidup


I'm a new blogger..>_<..

entah kenapa nak buat blog nie...
tengok cam xde faedah...tapi still buat..sebab kawan-kawan gitau menulis blog nie tempat meluah..betul?..

entahlah...ana pun kurang pasti..tapi bagi ana tempat yang selayaknya untuk meluah adalah Dia Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati kita..:)..Dialah yang mengetahui dan memahami apa yang tersirat dan tersurat ..tak salah meluah sesama manusia..tetapi selepas meluah pada Allah barulah meluah dengan sahabat atau siapa2 yang rapat dengan kita untuk meminta pendapat..

sebelum menulis blog nie..ana survey sikit2 blog kawan2 yang lain..wah..blog mereka kelihatan menarik..>_<..mereka menceritakan tentang kehidupan mereka..pasal BF..n macam2...tapi bagi ana itu kelihatan sedikit keterlaluan...hidup bagaikan tidak ada privacy..segala masalah dari yang kecik seperti semut sehingga yang beso seperti gajah diceritakan dari A sampai Z..

walaubagaimanapun....

melalui blog..ana dapat melihat banyak pengajaran dan pelajaran dari blog2 yang ana baca..mungkin inilah sebab Allah gerakan hati ana untuk buka bolg2 tersebut sebelum buat blog sendiri..

sentiasa positive ..:)..
jangan pandang kesalahan orang lain itu sebagai sesuatu yang mengaibkan..
tapi pandanglah ia sebagai satu yang harus di ambil pengajaran...:)
Barakallahu Fik...

ketahuilah wahai ADAM



~♥..Adam..♥~

~Jangan Risau Kalau pakaianmu tidak bergaya seperti PELAKON KOREA..kerana Kami(HAWA) tahu

, sebaik-baik pakaian adalah TAKWA~

~Jangan risau kalau kamu tidak kaya dengan HARTA..kerana kami tahu,orang kaya itu adalah yang 

banyak ILMUNYA~

~Jangan risau kalau kamu tidak hafal LAGU IRWANSYAH..kerana kami tahu kamu sibuk menghafal AL-FATIHAH DAN MAKSUDNYA~

KETAHUILAH JUGA....

~kami tidak risau andai kamu tidak mampu mencintai kami sepenuh hatimu..kerana kami tahu,

 HIDUPMU DAN MATIMU hanya untuk-NYA..~

~cukuplah kamu menyayangi kami kerana-Nya..dan membimbing kami ke SYURGA yang 

dijanjikanNya..~