("Assalamualaikum...^^..Ahlan wasahlan..")

Friday 24 May 2013

Kerana Sehelai Baju.


entri hari ini terasa hendak berkongsi cerita 
bagaimana ana bisa berubah!

Hidup ana dahulu biasa-biasa sahaja.sama seperti teman-teman yang lain. cuma ana ada satu sifat yang sangat berlebihan dalam diri iaitu "MALU".cara pemakaian ana jugak biasa-biasa sahaja.sentiasa memakai t-shirt berlengan panjang tapi  tidak bertudung labuh.cuma memakai tudung bawal tapi ana biarkan jatuh ke bawah.entah kenapa ana rasa malu untuk bergaya lebih-lebih. Jikalau keluar ke bandar ana suka memakai pakaian yang paling simple untuk mengelakkan menjadi perhatian kerana ana rasa malu dipandang apatah lagi kalau dipuji. low self-confident sebenarnya (T_T) meskipun seorang yang agak pemalu tapi ana punya ramai kawan-kawan. ^_^..

satu hari ketika balik cuti sekolah "kat bilik tu ada baju ayah beli.. pakailah.. jaga elok2" kemudian ayah berlalu begitu sahaja. ana berlari-lari anak ke bilik melihat baju apakah yang ayah maksudkan..excited.. >_<
hijau? febret colour! bukak.. tadda..



ana terkedu.bibir membeku lidah terkelu.kenapa tiba-tiba ayah belikan baju nie? besar pulak tu. walaupun size S.tanpa sedari air mata menitis..ana kemudian flashback cara pemakaian ana sebelum ini.ya Allah..mungkin ayah mahu menasihatkan ana dengan cara itu. nasihat ayah kadang-kadang bukan melalui perkataan tapi perbuatan..ana belek-belek baju ini dan ...


                           MUSLIMAH LIFE WHERE EVERY SWEET THINGS HAPPENS.

crying again.... selepas hari itu ana mula mengubah cara ana berpakaian.sedikit demi sedikit sampailah seperti sekarang. bila diimbas kembali semua ini. ana percaya mesej yang ayah cuba sampaikan....indeed,muslimah life where every sweet thing happens. :) . 

ketika berusia 19tahun ana mengambil keputusan untuk berniqab dan ayah jugaklah antara orang yang menyokong ana...

perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk membangga2kan diri ana mahupun ayah ana. sesungguhnya segala sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah jua.semuanya telah Allah rancang untuk ana. indahnya percaturan Allah. doakan ana mampu istiqamah dijalan ini.

ya Allah.. tetaplah tuntun hati hamba-Mu ini untuk terus teguh dijalanMu.. 
Allahuma amin..






Tuesday 21 May 2013


Bila ujian datang padaku,
aku yakin Engkau dekat denganku,
Engkau menguji hambaMu,
Tapi Engkau tetap selitkan hikmah disebalik ujian yang berlaku..
Engkau Maha Pemurah ya Rahman..
Engkau maha pengasih ya Rahim..

Aku bukanlah wanita hebat seperti khadijah mengorbankan harta demi agama,
Aku bukan wanita teguh seperti fatimah binti Muhammad seorang anak dan isteri yang tabah,
Aku bukan hebat seperti Aisyah binti Abu bakar yang unggul dan bijaksana,
Aku bukan berani seperti Zinirrah yang sanggup mengorbankan mata demi akidahnya,

tapi...
aku mahu menjadi wanita sehebat khadijah walaupun tidak berharta,
aku mahu teguh seperti fatimah walau kadang kala aku rebah,
aku mahu belajar seperti Aisyah, bijaksana namun tak pernah berbangga2 dengan ilmunya,
aku mahu contohi Zinirrah , takkan mengorbankan maruah semata-mata untuk dunia.
"jangan gadaikan peluang menjadi bidadari syurga semata2 mahu menjadi bidadari dunia yang sementara, yang kecantikannya akan dimamah usia, biarlah didunia hidup sederhana. insha Allah akhirat sana pasti bahagia"-syafazinierra