("Assalamualaikum...^^..Ahlan wasahlan..")

Tuesday 18 June 2013


~Berbisik dengan alam~

menyusur ditepi jalan sambil menikmati indahnya alam.
Mata tak jemu menjamah hijaunya dedaunan 
sesekali telinga terdengar bunyi makhluk-makhluk kecil yang bernyanyi riang
hati berbisik lembut
 "pastinya mereka sedang berzikir memuji-muji akan Sang Pencipta."
bibir menguntum senyum
hati terasa tenang.

langkah kaki ku perlahankan
ku dongakkan kepala memandang langit yang luas membiru
dihiasi putih kelabunya awan lembut
hatiku berbisik
"pastinya mereka jugak sedang berzikir memuji-muji Yang Maha Esa"
senyuman semakin lebar.
hati terasa sangat tenang.

Tiba-tiba langkah terhenti,
bibir hilang senyum.
mata mengalirkan air mata.
 hatiku menjerit 
"Tuhan , jangan Engkau tarik rasa ini"

~unexplained feeling~

Friday 24 May 2013

Kerana Sehelai Baju.


entri hari ini terasa hendak berkongsi cerita 
bagaimana ana bisa berubah!

Hidup ana dahulu biasa-biasa sahaja.sama seperti teman-teman yang lain. cuma ana ada satu sifat yang sangat berlebihan dalam diri iaitu "MALU".cara pemakaian ana jugak biasa-biasa sahaja.sentiasa memakai t-shirt berlengan panjang tapi  tidak bertudung labuh.cuma memakai tudung bawal tapi ana biarkan jatuh ke bawah.entah kenapa ana rasa malu untuk bergaya lebih-lebih. Jikalau keluar ke bandar ana suka memakai pakaian yang paling simple untuk mengelakkan menjadi perhatian kerana ana rasa malu dipandang apatah lagi kalau dipuji. low self-confident sebenarnya (T_T) meskipun seorang yang agak pemalu tapi ana punya ramai kawan-kawan. ^_^..

satu hari ketika balik cuti sekolah "kat bilik tu ada baju ayah beli.. pakailah.. jaga elok2" kemudian ayah berlalu begitu sahaja. ana berlari-lari anak ke bilik melihat baju apakah yang ayah maksudkan..excited.. >_<
hijau? febret colour! bukak.. tadda..



ana terkedu.bibir membeku lidah terkelu.kenapa tiba-tiba ayah belikan baju nie? besar pulak tu. walaupun size S.tanpa sedari air mata menitis..ana kemudian flashback cara pemakaian ana sebelum ini.ya Allah..mungkin ayah mahu menasihatkan ana dengan cara itu. nasihat ayah kadang-kadang bukan melalui perkataan tapi perbuatan..ana belek-belek baju ini dan ...


                           MUSLIMAH LIFE WHERE EVERY SWEET THINGS HAPPENS.

crying again.... selepas hari itu ana mula mengubah cara ana berpakaian.sedikit demi sedikit sampailah seperti sekarang. bila diimbas kembali semua ini. ana percaya mesej yang ayah cuba sampaikan....indeed,muslimah life where every sweet thing happens. :) . 

ketika berusia 19tahun ana mengambil keputusan untuk berniqab dan ayah jugaklah antara orang yang menyokong ana...

perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk membangga2kan diri ana mahupun ayah ana. sesungguhnya segala sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah jua.semuanya telah Allah rancang untuk ana. indahnya percaturan Allah. doakan ana mampu istiqamah dijalan ini.

ya Allah.. tetaplah tuntun hati hamba-Mu ini untuk terus teguh dijalanMu.. 
Allahuma amin..






Tuesday 21 May 2013


Bila ujian datang padaku,
aku yakin Engkau dekat denganku,
Engkau menguji hambaMu,
Tapi Engkau tetap selitkan hikmah disebalik ujian yang berlaku..
Engkau Maha Pemurah ya Rahman..
Engkau maha pengasih ya Rahim..

Aku bukanlah wanita hebat seperti khadijah mengorbankan harta demi agama,
Aku bukan wanita teguh seperti fatimah binti Muhammad seorang anak dan isteri yang tabah,
Aku bukan hebat seperti Aisyah binti Abu bakar yang unggul dan bijaksana,
Aku bukan berani seperti Zinirrah yang sanggup mengorbankan mata demi akidahnya,

tapi...
aku mahu menjadi wanita sehebat khadijah walaupun tidak berharta,
aku mahu teguh seperti fatimah walau kadang kala aku rebah,
aku mahu belajar seperti Aisyah, bijaksana namun tak pernah berbangga2 dengan ilmunya,
aku mahu contohi Zinirrah , takkan mengorbankan maruah semata-mata untuk dunia.
"jangan gadaikan peluang menjadi bidadari syurga semata2 mahu menjadi bidadari dunia yang sementara, yang kecantikannya akan dimamah usia, biarlah didunia hidup sederhana. insha Allah akhirat sana pasti bahagia"-syafazinierra
 


Tuesday 30 April 2013

"awak jangan terlalu extreme!"


"awak jangan terlalu extreme dalam agama!"

pakai tudung labuh dikata extreme.
pakai stokin dikata extreme.
pakai jubah dikata extreme.
menjaga ikhtilat dikata exterme.
semualah extreme kan!

mungkin ada dikalangan kalian yang pernah ditegur  terlalu extreme :)
jangan besedih atau terkilan tetapi berbahagialah kerana Allah masih menuntun kita menuju JalanNya.

Duhai sahabat, ketahuilah sebenarnya tidak wujud perkataaan EXTREME dalam beragama.bukankah sebagai seorang yang bergelar Muslim WAJIB bagi kita untuk mengamalkan agama itu secara keseluruhannya?..

Firman Allah SWT..

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana." 
(Al Baqarah: 208-209)


kadang-kadang mereka yang berkata begini kemungkinan besar mereka tidak mengetahui (jahil)..dan ada jugak yang berkata begini kerana merasakan bahawa tuntutan dalam islam itu membebankan baginya .
islam tidak berat cuma kita yang memberatkannya!

Islam itu sudah terlalu sempurna dan cukup indah untuk dijadikan jalan hidup sebenarnya, cuma mata2 hati kita yang buta menilai kerana terhijab oleh dosa-dosa yang meninggalkan titik2 hitam dalam hati.

Ayuh sama2 muhasabah diri.. beramallah dengan mentaati perintah Allah dan bermujahadahlah dalam meninggalkan segala laranganNya.Ayuh kembali kepadanya sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hamba2Nya yang mahu bertaubat.
insha Allah (^_^)


wallahua'alam bissawab.

Wednesday 12 December 2012

::saVE gAZa_frEe sYria::

Mujahadah mereka mengangkat senjata dan pertaruhkan nyawa,
mujahadah kita?
mujahadah kita menongkah arus, tinggalkan indahnya tipu daya dunia,

jihad siapa lebih besar?
ketika mengikuti satu program SAVE GAZA FREE SYRIA perasaan bercampur baur.
Bersemangat!Simpati,kasihan,,marah pada israel!,dan macam-macam lagi perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata..
seringkali terdengar 
"ya Allah...kasihan sungguh mereka"

tak kurang yang memaki
"s**l betul israel nie"

ada juga yang terkedu sehingga cuma mampu
"Astaghfirullahaladzim...."


usai program ana keluar makan...melihat persekitaran dipenuhi para remaja...Allah...(-_-)

remaja di gaza dan syria berabis tenaga pertahankan negara,
remaja kita berabis tenaga merempit atas jalan raya,

Remaja di gaza dan syria sanggup pertaruhkan nyawa demi agama,
remaja kita sanggup pertaruhkan dara demi buktikan cinta buta,

keluar keluhan kecil dari mulut ana..(-_-)..Fuh!
terdetik di hati.
siapa sebenarnya yang lebih kasihan??





Wednesday 16 May 2012


 
 
 
16 MEI 2012
hari guru...selamat hari guru buat semua yang bergelar guru..
kepada guru-guru yang banyak mencurahkan  ilmu dan mentarbiah hati hamba ini..jazakallahu khair..

selamat hari guru jugak tuk my dad...:)..uhibbuka fillah appa..^^
 

 
tanpa seorang insan yang bergelar guru..ana mungkin tidak berada di tahap ini...
ana hanya mampu doakan semoga Allah sentiasa memberkati kalian semua...

Saturday 3 March 2012

jauh berjalan luas pengetahuan


sharing is caring..:)
satu hari yang indah ada 4orang sahabat berjalan2 sambil mencari ilmu di masjid negeri shah alam...tiba2 lalu seorang hamba Allah berkulit putih,bermata sepet dan memakai cermin mata..mereka tertarik untuk memerhatikan dia kerana hanya dia seorang yang berbeza di kalangan orang2yang berada di situ..
dari jauh kelihatan hamba Allah itu sedang berbual2 dengan seorang peniaga yang berniaga di masjid itu..maka terdengarlah perbualan lebih kurang seperti ini..

peniaga:..dulu mak dan ayah penah convert ke?
hamba Allah: tak..(sambil tersenyum)
peniaga :..jadi awak convert sendiri ?
hamba Allah: ya...(senyuman x lekang dari bibirnya)
*mereka kemudiannya bersalaman*
peniaga:dah lama convert?
hamba Allah: baru tahun lepas...

peniaga itu kelihatan sungguh teruja menyambut saudara baru itu..:)

SubahanAllah...4 sahabat tadi teringin mendengar cerita hamba Allah itu lebih lanjut..tetapi disebabkan ada batas2 pergaulan yang perlu dijaga mereka membiarkan hamba Allah itu berkongsi cerita dengan peniaga itu..

 semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusannya...sungguh..hidayah itu milik Allah dan Dia akan beri pada sesiapa yang Dia kehendaki..:)..