("Assalamualaikum...^^..Ahlan wasahlan..")

Tuesday 30 April 2013

"awak jangan terlalu extreme!"


"awak jangan terlalu extreme dalam agama!"

pakai tudung labuh dikata extreme.
pakai stokin dikata extreme.
pakai jubah dikata extreme.
menjaga ikhtilat dikata exterme.
semualah extreme kan!

mungkin ada dikalangan kalian yang pernah ditegur  terlalu extreme :)
jangan besedih atau terkilan tetapi berbahagialah kerana Allah masih menuntun kita menuju JalanNya.

Duhai sahabat, ketahuilah sebenarnya tidak wujud perkataaan EXTREME dalam beragama.bukankah sebagai seorang yang bergelar Muslim WAJIB bagi kita untuk mengamalkan agama itu secara keseluruhannya?..

Firman Allah SWT..

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana." 
(Al Baqarah: 208-209)


kadang-kadang mereka yang berkata begini kemungkinan besar mereka tidak mengetahui (jahil)..dan ada jugak yang berkata begini kerana merasakan bahawa tuntutan dalam islam itu membebankan baginya .
islam tidak berat cuma kita yang memberatkannya!

Islam itu sudah terlalu sempurna dan cukup indah untuk dijadikan jalan hidup sebenarnya, cuma mata2 hati kita yang buta menilai kerana terhijab oleh dosa-dosa yang meninggalkan titik2 hitam dalam hati.

Ayuh sama2 muhasabah diri.. beramallah dengan mentaati perintah Allah dan bermujahadahlah dalam meninggalkan segala laranganNya.Ayuh kembali kepadanya sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hamba2Nya yang mahu bertaubat.
insha Allah (^_^)


wallahua'alam bissawab.