("Assalamualaikum...^^..Ahlan wasahlan..")

Tuesday 21 May 2013


Bila ujian datang padaku,
aku yakin Engkau dekat denganku,
Engkau menguji hambaMu,
Tapi Engkau tetap selitkan hikmah disebalik ujian yang berlaku..
Engkau Maha Pemurah ya Rahman..
Engkau maha pengasih ya Rahim..

Aku bukanlah wanita hebat seperti khadijah mengorbankan harta demi agama,
Aku bukan wanita teguh seperti fatimah binti Muhammad seorang anak dan isteri yang tabah,
Aku bukan hebat seperti Aisyah binti Abu bakar yang unggul dan bijaksana,
Aku bukan berani seperti Zinirrah yang sanggup mengorbankan mata demi akidahnya,

tapi...
aku mahu menjadi wanita sehebat khadijah walaupun tidak berharta,
aku mahu teguh seperti fatimah walau kadang kala aku rebah,
aku mahu belajar seperti Aisyah, bijaksana namun tak pernah berbangga2 dengan ilmunya,
aku mahu contohi Zinirrah , takkan mengorbankan maruah semata-mata untuk dunia.
"jangan gadaikan peluang menjadi bidadari syurga semata2 mahu menjadi bidadari dunia yang sementara, yang kecantikannya akan dimamah usia, biarlah didunia hidup sederhana. insha Allah akhirat sana pasti bahagia"-syafazinierra
 


No comments:

Post a Comment